Tuesday, 11 June 2013

TUJUAN PENGAMBILAN LESEN & KESANNYA

     Dalam mengejar arus globlisasi ini, kebanyakkan masyarakat tidak mengendahkan tentang keselamatan semasa di atas jalanraya. Ini kerana, mereka lebih mementingkan masa perjalanan berbanding nyawa mereka  disebabkan hanya ingin sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat. Hal ini boleh mengakibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain. Ibarat pepatah berbunyi, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Sifat ini harus dibuang oleh setiap diri masing-masing supaya dapat mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
     Kementerian Pengangkutan dan Jalan telah menetapkan undang-undang bagi mereka yang menggunakan kenderaan berenjin haruslah mempunyai lesen terlebih dahulu. Secara khususnya, individu dapat mengetahui fungsi lesen bukan sahaja kebenaran untuk bergerak bebas diatas jalan raya tetapi mengajar pengguna lebih berdisplin dan berilmu semasa memandu supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan.
     Maka dengan itu, mengapa masih terjadinya kemalangan jalanraya yang melibatkan orang ramai kerana di antara mereka masih jahil mengenai keselamatan dan pengetahuan yang betul semasa berada di atas jalan raya. Jika, mereka mengambil lesen diusia yang awal, pengguna akan diterapkan pengetahuan asas semasa memandu diatas jalan raya. Selain itu, ia dapat mendisiplinkan individu lebih peka mengenai undang-undang jalanraya dan secara tidak langsung dapat belajar mengawal kenderaan  berenjin dengan betul dan selamat.
     Selain itu, dengan adanya lesen memandu, mereka akan lebih berdisiplin dan menghormati pengguna jalan raya yang lain. Ini kerana, pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya amat penting dihebahkan supaya kesan buruk dapat dielakkan dan keharmonian semasa memandu akan wujud dengan sendiri nya.
     Kesimpulannya, dengan adanya lesen, ilmu pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya dapat diterapkan seterusnya mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Malah pelajar-pelajar bagi lepasan SPM dapat melakukan perkara yang berfaedah seperti menghadiri latihan memandu untuk menyediakan mereka ke arah tanggungjawab yang baru bersama.

Friday, 7 June 2013

PERKHIDMATAN LESEN / HARGA MAMPU MILIKI LESEN !!!!!


  • LESEN KERETA (D) sahaja = RM 749 
  • LESEN MOTOR KECIL (B2sahaja = RM 349 
  • LESEN MOTOR BESAR (B-FULLsahaja = RM 799
  • LESEN KERETA (D) + MOTOR KECIL (B2) =  RM 949
  • LESEN KERETA (D) + MOTOR BESAR (B-FULL) = RM 1299
  • LESEN GDL = RM 249
  • LESEN PSV TEKSI =RM 449
  • LESEN PSV BAS = RM 999
  • LESEN E-LORI = RM 999


PROMOSI DARI NOVEMBER 2013 - MAC 2014DAFTAR SEKARANG !!


      KAL - 017-2785848 
   OFFICE - 03-61850309

Email : ka_zarol07@yahoo.com
             ka.zarol07@gmail.com

No 818, Jalan Samudera Utara 9,
Taman Samudera,
68100, Batu Caves,
Selangor DE